kami dari pihak Taska Kasih Ibu mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk melihat blog kami :).
Untuk pengetahuan Tuan/Puan kami telah menyediakan perkhimatan asuhan kanak-kanak di Taman Serai wangi,kulim,kedah.
LOGO TASKA KASIH IBU
GAMBAR TASKA DAN PERKARANGAN TASKA KASIH IBU
GAMBAR KANAK-KANAK TASKA KASIH IBU
GAMBAR KANAK-KANAK BERSUKAN
PENERANGAN BERKAITAN TASKA KASIH IBU
Kami membuat promosi dari 1/5/2013 sehingga 31/08/2013.
Kami menyediakan perkhimatan asuhan 24 jam dengan jadualnya dibuka pada pukul 6.30 pagi sehingga pukul 6.30 petang.Waktu selebihnya kanak-kanak akan berada di rumah pengasuh.
Kami menerima kemasukkan kanak-kanak dari bayi hingga ke yang sudah bersekolah.
Kami juga menyediakan perkakasan persiapan dan mandi kanak-kanak seperti bedak,minyak rambut,losyen untuk bayi,minyak kembung perut,shampoo,sabun mandi dan ubat gigi.
Kami juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang sistematik untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas iaitu dengan pembelajaran seperti membaca,menulis dan menitik beratkan ilmu pengetahuan agama islam.Bagi kanak-kanak berumur 2 tahun keatas akan diberi mainan puzzle,mewarna dan melukis.
Kanak-kanak akan disediakan alat pembelajaran seperti kertas,pensil,buku tulis dan alat mewarna.
Kanak- kanak akan diberi makan mengikut jadual iaitu pada waktu pagi,tengahari dan petang.Makan malam hanya untuk kanak-kanak yang balik lewat sahaja.
Kami juga menerima kanak-kanak yang ibu/bapa yang terdesak untuk mencari pengasuh untuk seketika kerana masalah-masalah tertentu seperti kenduri,kematian,pergi klinik atau hospital dan sewaktu dengan nya.
No comments:
Post a Comment